Loading the player...


INFO:
Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan mereka dihampiri sekumpulan gajah liar semasa melalui Lebuhraya Timur-Barat Gerik-Jeli semalam. Insiden tersebut dirakam dan dikongsikan di media sosial oleh @hakimzulkiflii, menarik perhatian ramai dengan aksi seekor gajah yang ‘mengusik’ bahagian depan kereta mereka. Tiada kecederaan dilaporkan, namun kejadian ini menjadi peringatan kepada pemandu untuk sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan habitat haiwan liar.